bee
Setelah penat seharian bekerja, aku singgah di Pantai Marina untuk minum petang semasa pulang dr KSB-tempat aku bekerja. Pantai Marina sebenarnya tempat berkelah yang paling hampir dengan pelabuhan atau KSB. Selalunya waktu tengahari memang ramai pekerja makan tengahari di sini. Walaupun cuma terdapat 3 atau 4 buah warung, Pantai Marina tetap 'meriah' dengan orang ramai. Malah disini sudah sinonim sebagai tempat makan tengahari kami.

Nak dijadikan kisah, aku tertarik dengan 'sesuatu' sebelum nak sampai ke warung-warung tersebut. Oleh sebab tu, selepas selesai minum petang, aku pergi meninjau-ninjau sesuatu itu. heheh..Ia adalah sebuah perigi tinggalan orang dulu-dulu. Namun, walupun ditinggal, ia masih berfungsi dan masih digunakan orang sehingga kini. Jom aku cerita sikit kisah sejarah Telaga Simpul ni...





TS ni adalah sebuah perigi yang airnya sangat 'fresh'. Mengalir dari sebuah bukit berhampiran. Ia terletak di Bukit Penjabad, hampir sangat dengan Pantai Marina. Besebelahan aje. Kalau kita makan di warung-warung yang aku cerita tadi, akan nampak perigi ni. Uniknya perigi ni walaupun hampir sangat dengan laut, airnya tetap tawar dan segar serta sejuk..
Mengikut sejarah, TS ni digunakan oleh musafir atau saudagar-saudagar yang melalui kuala disini untuk mandi, minum serta kegunaan lain. Catatan awal menyatakan perigi ini mula digunakan pada tahun 1852. Ianya pertama kali dijumpai oleh Abdullah Munshi. Bersebelahan perigi ni, terdapat rumpunan pokok pandan. Apa yang lebih pelik, kepercayaan pengguna ketika itu adalah kewajiban bagi mereka setelah menggunakan perigi ini, mesti menyimpul hujung daun pandan tersebut...heran kan? Ia merupakan pantang larang yg mesti diikut. Diketahui, jika melanggar, ia akan mengakibatkan malapetaka akan berlaku pada orang yang melanggarnya. Sedihnya, kepercayaan ini masih lagi dipercayai serta diamalkan sehingga kini. Bukankah ia satu kepercayaan karut dan boleh menyebabkan khurafat serta syirik. Na'uzubillah.. Buktinya, lihat gambar yang aku ambil. Mengikut cerita orang kampung aku [TS ni bersebelahan kampung aku], selepas guna air dari perigi ni-biasanya mandi, mereka mesti mnyimpul sehelai daun pandan. Terfikir aku sejenak, mungkinkah orang dulu-dulu [saudagar/musafir] menyimpul daun itu sebagai tanda kehadiran mereka disitu. Mereka menyimpul adalah sebagai simbol memberitahu sesuatu kepada orang seterusnya yang akan mengunakan perigi tersebut. Mungkin juga sebagai tanda bilangan hari mereka berada disitu. Ia kerana mengikut cerita datuk aku, pantai ini dulunya adalah tempat persingahan kapal-kapal saudagar serta merupakan pasar untuk menukar barang. Orang dulu-dulu kan main tukar-tukar barang- Sistem Barter. Oleh kerana pantai ini merupakan pelabuhan ketika itu, sudah tentu kapal-kapal yang berlabuh akan menjadikan perigi ini sebagai sumber air mereka-bekalan air diatas kapal. Jadi, mungkinkah juga simpulan tersebut sebagai simbol ucapan terima kasih kepada empunya perigi. Namun sekarang perigi ini telah di'kemaskini' oleh kerajaan. Perigi yang asalnya dipagari kayu setinggi lebih kurang 3 ft, kini telah cantik dikonkrit. Untuk pengetahuan, aku sempat bermain semasa perigi ini dipagari kayu. Ia cukup seperti perigi asli tidak seperti sekarang. Di dalam perigi ini banyak pokok2 kecil tumbuh di dinding perigi, menjadikan airnya sejuk serta terdapat ikan didalamnya.Ketika itu aku masih kanak-kanak- sekolah rendah. Sudah hampir 20 tahun yang lepas. Masih aku ingat, aku dan kawan-kawan dalam 7 atau 8 orang, pulang dari sekolah, mengayuh basikal untuk ke pantai ini. Jarak sekolah aku ke pantai ni dalam 3km. Di bagi tahu emak, ada kelas tambahan, padahal bermain-main dipantai dan sekitar perigi ini. Oleh kerana kawasan ini terdapat banyak pokok kemunting, maka makin asyik la aku mencari 'rezeki' disini...hehehe..kalau di beritahu emak aku nak ke Marina [kawasan ini aku panggil Marina], sudah tentu aku tidak diizinkan pergi.. alahai mak..., ampun la dosa anakanda yang berbohong ni. Kalaulah ayah aku tahu, mesti aku kena piat..:(. Yang paling mencabar aku ingat adalah jalan nak sampai ke pantai ni. Ketika tu, aku dan kawan-kawan tidak berani melalui jalan raya[ jalan baru] kerana banyak kenderaan menggunakannya. Asalnya ada satu jalan lagi iaitu jalan lama yang sudah tidak digunakan lagi. Jalan ini sempit, sunyi serta dikelilingi hutan dan agak berbukit-bukit. Yang paling mencabar aku cakap tadi adalah...sebelum nak sampai ke perigi ni-dalam 50 m terdapat 1 kawasan kubur. Jerat Cina!!.. Jd, apabila sampai disini, maka berkayuh la aku n the geng selaju-lajunya bagi melepasi jerat tu. Masing-masing tidak mahu berada dibelakang. Perasan aku ketika itu amatlah takut apabila melihat kubur-kubur cina itu. Bagaikan mayat-mayat didalamnya mahu bangkit lalu mahu mencekik aku- walaupun siang hari. hahaha..kelakar jugak bila ingatkan kembali....

Berbalik kisah TS, perigi ni tetap setia mengalirkan airnya sehingga kini. Namun apa yang dikesali, sikap masyarakat yang masih mengamalkan kepercayaan karut itu. Aku tinggalkan TS dengan seribu satu rasa. Kenangan aku ketika zaman kanak-kanak... dan juga misteri TS itu sendiri....
Seketika sebelum aku melangkah pergi dari TS, aku melihat ke arah Bukit Penjabad. Terdetik pula hati aku untuk naik ke puncaknya. Keinginan untuk melihat pemandangan dari puncak bukit ini telah lama aku simpan. Dari kanak-kanak lagi ketika aku bermain-main dulu. Maklum la, dulu aku sorang je berani, kawan-kawan semuanya penakut. Nak melintas kawasan jerat pn bagaikan luruh jantung-jantung kami..Hehhehe..jadi aku simpan aje hasrat aku tu. Lagi pun aku sibuk dengan ikan-ikan dalam perigi serta buah-buah kemunting yang sedang menunggu aku tu...mmmm...

Tak disangka, hampir 20 tahun barulah tercapai hasrat aku untuk naik ke puncak Bukit Penjabad tu. Maklumlah sekarang ni baru la kekuatan dan keberanian aku terserlah. Lagipun untuk ke puncak bukit ni, sudah ada anak tangga. Setelah mendaki bukit ni- agak penat kerana tinggi, lebih kurang 400-500 anak tangga, bagaikan mahu tercabut jantung aku. Bernafas bagaikan xde udara..huhuu..kalau dulu nak tercabut jantung sebab takut hantu kubur bangkit, sekarang sebab begini la pulak.Sampaikan kaki aku mengeletar. Fuuuhh....

Dalam perjalanan pendakian aku, banyak kehidupan alam flora dan fauna aku jumpa. Ada periuk kera, ada sarang burung, jumpa ayam hutan, ada tempat berteduh orang asli dll.
Nasib baik aku tak jadi mendaki 20 tahun lepas. Kalau tidak mesti aku dah kerjakan semuanya ni. Heeheheh.. Sekarang aku pun dah jadi pencinta alam. So, aku tak la mengganggu mereka ni. Biarkan.. mereka pun nak hidup. Akhirnya setelah penat mendaki [dengan anak tangga], sampai la aku di puncaknya. Rupa-rupanya bukan la ada apa-apa pun. Cuma terdapat satu menara rumah api. Ia dibina untuk isyarat laluan kapal-kapal yang ingin berlabuh di KSB serta nelayan-nelayan yang lalu lalang di perairan ini. Setelah berehat seketika sambil memandang jauh ke laut serta daratan seberang, ia cukup menenangkan perasaan aku.
Hilang segala rasa penat menghitung anak tangga tadi. Rupa-rupanya, Bukit Penjabad, Telaga Simpul, Pantai Marina... mempunyai kisah dan sejarah tersendiri..
Labels: 1 comments | edit post
bee
Apa itu WANITA??


Jagung Pelik




Jagung ni dijumpai kakak ipar aku 2-3 hari lepas..Mak dia jual buah. Xpernah katanya selama ni jumpe buah jagung macam ni. Apapun mesti ada sebab mengapa buah jagung ni jd begini. Warna biji2nya berselang seli dengan warna kuning dan ungu... Apa kata anda?
bee
Once visiting a very rich friend, the maid approached me and......

Question : "What would you like to have ..Fruit juice, Soda,Tea,Chocolate, Capuccino, Frapuccino,or Coffee?"
Answer: " Tea please"
Question : " Ceylon tea, Indian tea, Herbal tea,Bush tea, Honey bushtea, Iced tea or green tea ?"
Answer : "Ceylon tea "
Question : "How would you like it ? black or white ?
Answer: "white"
Question: "Milk, or fresh cream?
Answer: "With milk "
Question: "Goat's milk, or cow's milk"
Answer: "With cow's milk please.
Question: " Freezeland cow or Afrikaner cow?"
Answer: " Um, I'll just take it black. "
Question: " Would you like it with sweetener, sugar or honey?"
Answer: "With sugar"
Question: " Beet sugar or cane sugar?"
Answer: "Cane sugar "
Question:" White, brown or yellow sugar?"
Answer: "Forget about the tea, just give me a glass of water instead."
Question: "Mineral water, tap water or distilled water? "
Answer: "Mineral water"
Question: "Flavored or non-flavored ?"
Answer: "I think I'll just die of thirst

[credit to cariforum]

Apa nk dikata??
bee













Apa anda nk kata??

bee
Kisah sepasang suami isteri berborak diwaktu petang....

isteri: bang, sejuk hati saya tengok suami jiran sebelah rumah kita.

suami: ape halnya sampai awak sejuk?!

isteri: yela,tiap2 hari suami die balik keje mesti bagi bunga,kiss dan coklat.

suami: habis tu kenapa?

isteri: kenapa abang tak buat macam tu....?

suami: hish!!gila ker awak nie!!!?? mane saya kenal dia!!!!

isteri : *&#$%^&*%**%

**************************************************************

PECAT

Majikan : Kamu di pecat!

Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!

Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat...

**************************************************************
3 BULAN LAGI

Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temuduga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga, pengurus kilang memberitahu.
Pengurus : Untuk permulaan, kita bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas 3 bulan, kami naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju?

Dol : Setuju, bos..

Pengurus : Kalau macam tu, bila kamu boleh mula kerja?

Dol : 3 bulan lagi, bos..

**************************************************************

SEDARA KITA

Pada suatu petang, seorang ibu membawa anaknye berusia 4 tahun bersiar2 menaiki kereta.Dlm perjalanan, si ibu membunyikan hon.
Anak :Naper ibu bunyikan hon & sape org tu?
Ibu :Tu sedara kite,kenalah hormat.

Dlm perjalanan seterusnya mereka terserempak dengan seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.
Anak :Tu pun sedara kite ke…???

**************************************************************
credit to cariforum

Apa kata anda??
bee
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu pada tempatnya.

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


:: Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil..

p/s: Jadilah wanita yang solehah..sebaik mungkin..
Labels: 0 comments | edit post
bee



Kami wakil dari AJK NISA' Dun Kijal menjemput semua Muslimin dan Muslimat ke majlis ini. Kepada AJK atau ahli NISA' Dun yang bertugas pada hari tersebut, selamat bertugas...sambil bertugas melayan tetamu nanti..boleh makan2..hehe..Selamat menjamu selera!




********************************************************************************


********************************************************************************


********************************************************************************

SUSULAN: WARNA-WARNA SEKITAR HARI JAMUAN

Tetamu mula membanjiri majlis dan ahli/AJK NISA' kelihatan sedang bertugas...

P/S: Terima kasih di atas sumbangan sdr/ri dalam menjayakan majlis jamuan Eidulfitri 1430H PAS Dun Kijal. Semoga Allah SWT merahmati serta redha di atas usaha kita. Drp: Sekreateriat PAS Dun Kijal.

bee

Sorang lagi ahli NISA' kita diijabkabul pada hari ini. Majlis perkahwinan beliau selamat disempurnakan dengan baik. Buat Adah [Nurul Syuhadah Zakaria]& Suami, kami mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU.SEMOGA BAHAGIA KE AKHIR HAYAT..

Jangan lupa ye NISA' kita lepas dah jadi isteri orang ni..heheh. Buat pengetahuan smer, Adah ni anak kepada salah seorang AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Kemaman, Puan Sabar Ahmad. Esok ada jamuan raya MTD Dun Kijal..jgn lupa datang bawak suami.Boleh berkenal2an..nti blh suruh pasang bendera.hehehe..:)
bee

credit to perisikrakyat.com

agak2 berapa umur dia..
bee
Tanggal 10.10.2009 adalah hari bersejarah bagi Raja Hazwan & Raja Najwa. Mereka disatukan sebagai suami isteri yang sah. Raja Hazwan tu bos aku... Mmm dah kawen pn bos aku ni. Menghadiri majlis persandingan mereka di Ioi Marriot Hotel, Putrajaya memberikan aku pengalaman yang indah tp lucu. Yela selama ni bos aku tu sempoi punya orang..dah duk kat kerusi sanding, macam keras semacam je aku tgk.skema tul..hehehe..

Apapun, aku mengucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga bahagia sentiasa mekar di alam rumahtangga. Dikurniakan zuriat yang soleh kelak. Dimurahkan rezeki dan diberkati-Nya sentiasa.....Amin.
bee
PRK N31 sudah pun berlalu. Keputusan menang berpihak pada BN. Dengan majoriti melebihi 5000, sudah pasti mereka bersorak girang... Bagi aku, apa yang lebih penting adalah nasib seterusnya rakyat Bagan Pinang bersama wakil rakyat pilihan mereka yang baru, Tan Sri Isa Abdul Samad. Apapun, tugasku sudah selesai di Bagan Pinang itu.
Aku hanya merayu agar mereka pengundi-pengundi disana memberi undi kepada PR. Walaupun bertugas hanyalah beberapa hari dihujung tempoh berkempen, namun pengisian aktivitinya tetap padat memandangkan tempoh masa berkempen sangatlah singkat. Apapun, akhir tindakan adalah terletak pada pilihan tangan pengundi-pengundi jua... Aku tingalkan BP dgn hati yang sedih.


Namun aku sentiasa berdoa agar aku tidak mudah putus asa dan sentiasa istiqomah dalam perjuangan demi menegakkan kedaulatan Islam sebenar di Malaysia yang aku sayangi ini. Peluang makan tengahari bersama Datin Sri Wan Azizah pada hari mengundi, membuatkan aku terfikir sejenak..betapa cekalnya wanita disebelahku.. kerana itu aku sedar... "Perjuangan Ku Masih Panjang..."
Labels: 0 comments | edit post