bee
Agak belum terlambat rasanya untuk ana letakkan entri ini. Tanggal hari ini adalah 5 Muharram 1431 dan kini kita berada dihujung 2009. Sekejap hari lagi kita turut menyambut tahun baru 2010. Rata-rata kebiasaannya kita semua akan memasang nekad baru menjelang penghijrahan tahun demi tahun. Namun disebalik azam tahun baru itu samada nekad Muharram maupun Januari, sejauh manakah kekuatan azam baru itu boleh membentuk diri kita ke arah kebaikkan demi kebaikkan. Sudah menjadi budaya masyrakat di negara kita setiap kali Muharram tiba, akan ada di televisyen rancangan-rancangan yang berkaitan dengan hijrah ini. Pertandingan nasyid, syair, teater kisah Nabi Muhammad serta sahabat. Tidak kurang juga budaya menyambut Tahun Baru dengan pesta-pesta muda mudi di malam tahun baru. Tidak perlulah disebut di sini pesta apa. Kita orang muda sudah tentu tahu akan aktiviti dimalam hari tahun baru setiap tahun. Inilah yang berlaku dalam negara kita. Tahun ini kita menyambut kedua-dua tahun baru (1431H dan 2010) agak serentak. Sesudah menyambut Maal Hijrah, detik 12 malam tidak lupa juga... tetapi rasanya kehangatan detik 12 malam adalah yang sangat dinanti-nantikan. Daripada rakyat biasa hinggalah kepada pemimpin tertinggi. Adakah ini dipanggil pemikiran fleksibel. Putih boleh...hitam pun boleh. Inilah yang perlu difikirkan oleh kita generasi muda yang cintakan Islam sebenar. Anda bagaimana? Kali ini apa pula azam anda? Bagaimana anda bezakan antara azam Maal Hijrah dengan azam Tahun Baru? Sejauh mana anda melihat dengan jiwa anda perbezaan sambutan Maal Hijrah dengan Tahun Baru? Tepuk dada tanyalah selera....
Labels: 0 comments | edit post
bee
Sebuah stesen tv di Hongkong kini sedang cuba menerbitkan sebuah drama bersiri yang mengisahkan pembunuhan Altantuya Shaaribu yang berlaku 3 tahun lalu di Malaysia. Drama tersebut dijangka akan ditayangkan pada tahun 2010 nanti. Cumanya nanti dekat Malaysia ana rasa mestilah diharamkan drama tersebut untuk ditayangkan di stesen tv kita...

Bekas wartawan Susan Loone mengatakan bahawa Hong Kong akan menghasilkan sebuah drama siri berdasarkan pemberitaan seorang wartawan Perancis, Arnaud Dubus tentang pembunuhan Altantuya dari akhbar La Liberation.Drama bersiri tersebut akan dinamakan “Ulaanbaatar, Paris, Kuala Lumpur”. Watak Altantuya akan dimainkan oleh Sonija Kwok, Najib Tun Razak oleh pelakon veteran Kwok Fung, Razak Baginda oleh Bill Chan Sek Sau dan Rosmah Mansur oleh Rebecca Chan.

Cerita ini menglibatkan politik, skandal perempuan, senjata api seterusnya kepada pembunuhan kejam.

p/s: Ulaan Bataar tu adalah ibu negara Mongolia yang membawa maksud Pahlawan Merah.
bee
Sedikit coretan peribadi ana ketika bercuti raya...

27hb baru ni, kita merayakan hari mulia Edul Adha. Diseluruh pelosok dunia, hari ini umat Islam melakukan ibadah korban dengan menyembelih binatang ternakan. Bila disebut sahaja raya korban, ana memang sudah lama teringin untuk merasa suasana hari ini di kampung-kampung. Dari dulu lagi memang tersohor kalau disebelah Pantai Timur, hari raya ini meriah. Oleh kerana ana ni memang berasal dari Kemaman, sehingga sekarang tinggal dan bekerja di Kemaman (cuma sekejap merantau kerana menuntut ilmu di negeri orang) dan ditakdirkan ana dilahirkan di Chukai iaitu merupakan pusat bandar Kemaman, maka ana kira tempat ana bukan lah menepati ciri-ciri kekampungan walaupun berada di Pantai Timur. Suasana yang digambarkan selalunya di televisyen sangatlah unik dengan pohon-pohon, jiran-jiran, rumah-rumah kayu dan sebagainya. Namun Allah SWT itu Maha Bijaksana, diketemukan ana dengan jodoh yang mana berasal dari kampung yang 'asli'. Bersyukur ana bukan hanya kerana dijodohkan dengan 'orang kampung', tetapi lebih bersyukur ana kerana dikurniakan Allah SWT terhadap ana seorang suami yang baik. Kebetulan cuma dia berasal dari sebuah kampung yang 'unik' yang diidam-idamkan ana..:) Jadi kesempatan berhari raya baru-baru ini sempat ana rakamkan buat kenang-kenangan didalam blog ini. Suami ana ini memang dibesarkan oleh nenek dan datuknya dikampung. Lagipun beliau adalah cucu sulung buat datuk dan neneknya. Jadi, setiap kali ada hari cuti umum atau kesempatan pulang menjenguk orang tua, rumah datuk dan neneknya lah yang kami tujui. Tambahan pula ibunya sudah meninggal dunia 25 tahun yang lepas, manakala ayahnya juga meninggal dunia hampir 10 tahun yang lalu. Semasa majlis menyambut menantu ketika perkahwinan kami, rumah datuk dan neneknyalah dilangsungkan.

Kesempatan pulang pada malam raya ke kampung mertua yang terletak di Kampung Mangkuk, Setiu ini selama 4 hari, membuatkan kami merasa tenang dan damai...jauh dari kesibukkan rutin harian kami. Kebetulan pula 4 hari tersebut tidak hujan setelah berhari-hari hujan tidak berhenti sebelum hari raya. Oleh kerana hari raya pertama jatuh pada hari Jumaat, aktiviti kami agak terhad dan tidaklah sibuk oleh sebab suami menunggu waktu solat Jumaat pula. Selesai solat sunat hari raya di masjid berdekatan, kami pulang untuk makan pagi- Adalah sunat makan pagi selepas solat sunat pada hari raya korban, manakala hari raya puasa, sunat makan pagi sebelum solat.

Seperti biasa, pada hari raya kedua, kami menziarah saudara mara yang berdekatan. Apa yang menyeronokkan adalah pada hari ketiga dan keempat. Kami melakukan aktiviti kami sendiri. Tambahan pula tetamu pun sudah berkurangan berkunjung ke rumah. Pada sebelah pagi, ana menghantar suami bersama datuk ke sungai di belakang rumah untuk memancing udang. Terdapat sebuah sampan milik datuk, senang untuknya mudik ketika disungai. Dibawa bersama mereka, dipanggilnya 'gogoh' alat menangkap udang itu. Ianya seperti bubu kecil yang diliputi luarannya dengan kain guni serta di bubuh umpan di dalamnya. Diikat dengan tali semasa di dalam sungai supaya senang untuk mengangkatnya serta tidak dibiarkan hanyut dibawa arus. Biasanya 'gogoh' ini diikat dengan pelepah pohon nipah di tepi-tepi sungai yang tumbuh. Tambahan pula di bawah pohon-pohon didalam air sungai ini terdapat banyak udang. Ianya seolah-olah unjang untuk biakan ikan serta udang. Setelah hampir 4 jam di sungai, balik la mereka dengan hasil tangkapan sungai. Sungguh segar rasa udang-udang ini. Tambahan pula nenek yang memasaknya. Ana bukanlah profesional sangat bab-bab memasak ni.. :)

Apa yang menyeronokkan lagi adalah ana berkesempatan menaiki sampan berdua-duaan bersama suami setelah mereka pulang memunggah udang yang telah ditangkap. Kali ini kami sekali lagi ke sungai besar bukan untuk menangkap udang tetapi untuk mencari buah nipah. Mulanya ana lah yang teringin hendak makan buah nipah. Lalu suami ingin mengotakan keinginan ana dengan ke sungai besar sekali lagi mencari buah nipah yang sedang elok dimakan. Kali ini ana dengan suami sahaja. Suami mengayuh perlahan sedang ana agak ketakutan ketika menyusur melawan arus, tambah-tambah ketika menghampiri pohon-pohon nipah. Sudahlah tidak memakai 'life jacket', hanya berserah diri kepada Allah SWT. Mula sampai ditepi-tepi pohon nipah, memang menakutkan. Melihat pelepah-pelepah pohon nipah yang berjuntai, mengingatkan ana kepada macam-macam binatang bisa dicelah-celah pohon itu. Ular, buaya, biawak, entah macamana harimau pun ada dalam fikiran ana. Aduhai....penakutnya ana. Sedang suami hanya tenang membelek daun-daun nipah mencari buahnya. Setelah hampir setengah jam, kami berkayuh pulang. Itupun setelah asyik didesak ana mengajak pulang kerana ketakutan berada lama di dalam sungai. Lagipun sudah 3 tandang buah nipah kami pungut. Cukup la tu untuk ana makan...:)Tengahari itu, kami menjamah selera kampung hasil masakan nenek. Turut dibantu oleh ana lah semasa memasak di dapur. Riuh rendah dibuatnya ana ketika menyiang udang. Maklumla ana geli juga udang-udang yang baru diangkat dari 'gogoh' itu masih ada yang hidup. Akhirnya nenek juga yang selesaikannya...

Keesokkan harinya, tiba la kami pulang semula ke Kemaman. Terasa berat untuk pulang. Dirancang kami mahu pulang awal pagi bagi mengelak dari kesesakkan jalanraya, namun sampai pukul 10 pagi pun kami masih bersantai-santai diberanda rumah. Sambil mengemas, sambil bersembang, satu lagi aktiviti seronok yang tidaklah kami rancang...minum air kelapa muda. Yang seronoknya, kelapa muda di ambil sendiri dari pohonnya. Pohon kelapa memang banyak di depan rumah. Dipilih suami pohon yang paling rendah untuk diambil buahnya. Dengan hanya menggunakan galah, kelapa muda mudah dikait. Jadi sempatkah kami menjamu selera meminum air kelapa muda sebelum bertolak pulang ke Kemaman. Dengan perut kenyang akhirnya kami bertolak pulang juga. Dibekalkan beberapa biji buah kepala, udang, keropok dan macam-macam lagi oleh nenek. Semuanya dibungkus elok serta dimuatkan ke bonet kereta. Begitulah setiap kali jika pulang ke kampung suami... Terima kasih banyak-banyak buat mak dan ayah. Bersyukur ana kerana diberikan Allah SWT akan keluarga mertua yang baik...

p/s: Nenek dan datuk suami, ana panggil mak ayah sebab suami panggil mereka mak dan ayah sejak kecil lagi...
Labels: 0 comments | edit post
bee
Lanjutan dari kisah siri pertama iaitu kisah korban anak Nabi Adam, kini ana kisahkan pula tentang pengorbanan Nabi Ibrahim, isterinya Siti Hajar serta anaknya Ismail as.

Kisah 2: KISAH KORBAN ANAK NABI IBRAHIM

Allah SWT telah memilih Nabi Ibrahim berada dari golongan orang yang beriman kepadaNya. Walaupun dilahir dan dibesarkan bukan didalam keluarga yang beriman kepada Allah, bapanya Azar menyembah berhala, Baginda tetap merasakan bahawa dengan menyembah berhala itu adalah salah dan sesat. Allah menjadikan Ibrahim seorang yan bijak menilai. Dicampak Allah akan rasa logik akal yang memnyembah patung itu adalah sia-sia. Sedangkan patung itu sendiri dibuat oleh tangan-tangan manusia, bahkan patung itu juga tidak dapat berbuat apa-apa. Didatangi fitrah manusia akan rasa ingin menyembah Pencipta, suatu malam Ibrahim merasakan bahawa bintang di langitlah penciptanya, namun bila tiba hari yang terang, maka hilanglah bintang tersebut. Oleh sebab itu, ketahuilah Ibrahim yang bintang itu bukanlah pencipta kerana ia hilang setelah muncul pada waktu malam. Sesungguhnya pencipta itu tidaklah sekejap ada sekejap hilang. Dari situlah Allah SWT. memberi hidayah kepada Ibrahim as.

Ibrahim telah berkahwin dengan Siti Sarah, seorang wanita Yahudi bangsawan. Bertahun lamanya tidak dikurniakan anak. Maka Ibrahim berkahwin lagi dengan seorang wanita hadiah daripada raja Mesir ketika itu, Siti Hajar. Berlainan asal taraf hidup dengan Siti Sarah, Siti Hajar adalah wanita berketurunan hamba, bukan dari bangsa Yahudi. Dengan Siti Hajar, dikurniakan seorang anak lelaki, namanya Ismail. Ketika inilah bermulanya keretakkan rumahtangga mereka- Siti Sarah merasakan Ibrahim lebih banyak mendekati Siti Hajar sehingga dapat melahirkan zuriat serta setelah adanya Ismail, Ibrahim lebih banyak meluangkan masa bermain dengan putera sulungnya. Sedangkan dia sudah bertahun bersama Ibrahim tetapi tetap belum dikurniakan anak. Tambahan pula Siti Hajar itu tidaklah sama taraf hidupnya dengan Siti Sarah yang memang berasal dari golongan bangsawan. Dari kejadiaan itulah, Siti Sarah meminta suaminya menjauhkan Siti Hajar untuk ditinggalkan di suatu tempat supaya akan dijumpai orang lalu diambil orang yang menjumpai mereka. Dengan hikmah tersembunyi, Allah telah perintahkan Ibrahim as. menuruti keinginan Siti Sarah lalu membawa Siti Hajr ke suatu tempat yang kering dari rezeki dan tidak diduduki orang untuk ditinggalkan seorang diri bersama putera kecilnya itu. Ibrahim as. sedar inilah ujian demi ujian yang Allah berikan kepadanya demi menguji keimanannya. Dengan rasa berserah diri kepada Allah, maka Ibrahim as. pun membawa Siti Hajar dan Ismail dari Palestin ke tempat yang dia sendiri tidak tahu tanpa pengetahuan Siti Hajar akan niat Ibrahim as. untuk meninggalkan dirinya. Ditunggangi unta oleh mereka, Ibrahim hanya berserah kemana unta itu akan berhenti kelak. Disitulah tempat yang akan Ibrahim tinggalkan mereka nanti. Setelah beberapa hari melalui padang pasir yang panas terik, tiadalah pohon-pohon untuk berteduh, gelap gelita dimalam hari, sudahlah tidak dihuni orang, apabila sampai, -di lembah Makkah, di tempat di mana Masjidil Haram sekarang berada, berhentilah unta Nabi Ibrahim as. mengakhiri perjalanannya dan di situlah ia meninggalkan Hajar bersama puteranya dengan hanya dibekali dengan serantang bekal makanan dan minuman sedangkan keadaan sekitarnya tiada tumbuh-tumbuhan, tiada air mengalir, yang terlihat hanyalah batu dan pasir kering. Tibalah masanya Ibrahim as. meninggalkan Siti Hajar. Kesedihan Siti Hajar tidak dapat disembunyikan apabila mengetahui suaminya mahu meninggalkan dirinya seorang diri bersama Ismail mengundang perasaan sayu oleh Ibrahim as. Alangkah sayunya perasaan Ibrahim as. apabila mahu melangkah pergi, terasa berat hatinya mahu meninggalkan isteri tercinta. Namun itulah dia, wanita solehah yang dipilih oleh Allah SWT. yang akan menghuni syurgaNya. Dengan rasa redha atas segala perintah Allah SWT., dibiarkan Ibrahim pergi meninggalkan mereka demi menurut perintah Allah...

Setelah itu, Ibrahim as. pulang semula ke Palestin untuk bersama Sarah. Didalam hatinya sentiasa memohon kepada Allah SWT., agar diselamatkan isteri dan anaknya. Ia berkata dalam doanya:

" Wahai Tuhanku! Aku telah tempatkan puteraku dan anak-anak keturunannya di dekat rumah-Mu (Baitullahil Haram) di lembah yang sunyi dari tanaman dan manusia agar mereka mendirikan solat dan beribadat kepada-Mu. Jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan yang lazat, mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."

Dilembah Makkah yang tiada penghuni itulah Siti Hajar bersama putera kesayangannya. Ketika Siti Hajar keseorangan bersama puteranya, kesabarannya tetap menebal. Dari Bukit Safa ke Bukit Marwah lah Siti Hajar berlari-lari anak mencari air untuk diberikan kepada anaknya. Disinilah umat Islam melakukan rukun sa'i ketika menunaikan haji. Dengan kuasa Allah SWT., dihujung tapak kaki Ismail rupanya keluar air. Di situlah tempatnya kini dipanggil telaga Zamzam. Air Zamzam inilah kurnian dari Allah SWT., bagi membantu hambanya yang beriman.

Dengan terpancutnya air Zamzam telah menarik burung-burung berterbangan mengelilingi tempat itu, menarik pula perhatian sekelompok bangsa Arab dari suku Jurhum yang merantau dan sedang berkhemah di sekitar Makkah. Mereka mengetahui dari pengalaman bahawa di mana ada terlihat burung di udara, nescaya dibawahnya terdapat air, maka diutuslah oleh mereka beberapa orang untuk memeriksa kebenaran ini. Para pemeriksa itu pergi mengunjungi daerah di mana Hajar berada, kemudian kembali membawa berita gembira kepada kaumnya tentang mata air Zamzam dan keadaan Hajar bersama puteranya. Segera sekelompok suku Jurhum itu memindahkan perkhemahannya ke tempat sekitar Zamzam, di mana kedatangan mereka disambut dengan gembira oleh Hajar kerana adanya sekelompok suku Jurhum di sekitarnya, ia memperolehi jiran-jiran yang akan menghilangkan kesunyian dan kesepian yang selama ini dirasakan di dalam hidupnya berduaan dengan puteranya saja.

Nabi Ibrahim dari masa ke semasa pergi ke Makkah untuk mengunjungi dan menjenguk Ismail di tempat pengasingannya bagi menghilangkan rasa rindu hatinya kepada puteranya yang ia sayangi serta menenangkan hatinya yang selalu rungsing bila mengenangkan keadaan puteranya bersama ibunya yang ditinggalkan di tempat yang tandus, jauh dari masyarakat kota dan pengaulan umum ketika itu. Sewaktu Nabi Ismail sedang membesar, Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahwa ia harus menyembelih Ismail puteranya. Dan mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah, maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Ibrahim as. Ia duduk sejurus termenung memikirkan ujian yang maha berat yang ia hadapi. Sebagai seorang ayah yang dikurniai seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan, seorang putera yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan korban dan harus direnggut nyawa oleh tangan si ayah sendiri. Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:

"Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya".

Ibrahim as. tidak membuang masa lagi, berazam (niat) tetap akan menyembelih Ismail, puteranya sebagai korban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya.

Ismail sebagai anak yang soleh yang sangat taat kepada Allah dan bakti kepada orang tuanya, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya:

"Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu, agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar meringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku. Berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya."

Allahuakbar...tidak dapat ana bayangkan...Maha Suci Allah yang menciptakan alam ini....

Kemudian dipeluknyalah Ismail dan dicium pipinya oleh Ibrahim as. seraya berkata:

"Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, bakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah".

Saat penyembelihan yang mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata Ibrahim as. yang tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke parang yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Ismail dan penyembelihan di lakukan . Akan tetapi apa daya, parang yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.

Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahwa perintah perkorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan pengorbanan puteranya untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika merasa bahawa parang itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya:

" Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku karena melihat wajahku, cubalah telengkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku. "

Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau ia telah ditelengkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang.
Dalam keadaan bingung dan sedih hati, kerana gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya:

"Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikkan."

Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa, Ismail telah diselamatkan, Allah telah menggantikan Ismail dengan seekor kibas yang telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher kibas tersebut.

Diriwayatkan Nabi Ismail mempunyai 12 anak lelaki dan seorang anak perempuan yang dikahwinkan dengan anak saudaranya, iaitu Al-’Ish bin Ishak. Nabi Ishak adalah adik beradik Nabi Ismail. Ishak as. adalah anak kepada Siti Sarah yang berketurunan bangsawan Yahudi itu. Daripada keturunan Nabi Ismail inilah lahir Nabi Muhammad SAW dari Bani Hasyim. Keturunan Nabi Ismail juga mewujudkan bangsa Arab Musta’ribah.

Dan inilah asal permulaan sunnah berqurban yang dilakukan oleh umat Islam pada setiap Hari Raya Edul Adha di seluruh dunia. Semoga dapatlah kita menghayati makna sebenar amalan korban yang kita lakukan selama ini. Sesungguhnya, maksud yang terkandung di dalam amalan itu lebih jauh perlunya kita serapkan dalam diri kita sebagai hambaNya. Inilah dua contoh pengorbanan (anak Nabi Adam as., Ibrahim as dan Ismail as.) yang dilakukan demi mendapat keredhaan dari Allah yang dapat kita contohi. Semoga Allah juga menerima setiap dari amalan yang kita laku. Amin.

Selamat Menyambut Edul Adha..Maaf zahir & batin..:)
Labels: 0 comments | edit post
bee
Berasal dari 2 kisah iaitu kisah Nabi Adam as. seterusnya ke kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, 10 Zulhijjah setiap tahun adalah salah satu hari yang berlakunya peristiwa besar bagi kita umat Islam. 10 Zulhijjah inilah, hari yang kita namakan Edul Adha ataupun sinonim dengan kita namakannya hari raya korban. Pada hari inilah kita sentiasa sibuk merayakannya, melayan tetamu yang datang berziarah ke rumah, menziarahi kubur (makruh sebenarnya ziarah kubur di hari raya pertama) selain rutin 'wajib' kita solat sunat Aidiladha serta kerja-kerja penyembelihan. Namun sedarkah kita disebalik peristiwa korban ini terkandung mesej yang sangat baik serta berguna buat kita umat Islam.


Kisah 1: KISAH KORBAN ANAK-ANAK NABI ADAM

Al_Quran menceritakan kisah Nabi Adam dalam beberapa surah di antaranya surah Al_Baqarah ayat 30 sehingga ayat 38 dan surah Al_A’raaf ayat 11 sehingga 25.

Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
(Al-Baqarah: 38)

Ditakdirkan Allah SWT, setelah menerima taubat dan sebagai hukuman, Nabi Adam diturunkan ke bumi dari syurga kerana melanggar perintah Allah dengan mendengar pujukan Hawa (yang telah dihasut iblis selepas gagal menghasut Nabi Adam) dengan mendekati serta memakan buah dari pohon Khuldi, maka tinggallah Adam dan Hawa dibumi. Diceritakan Adam diturunkan di Bukit Safa dan Hawa di Bukit Marwah (kedua-dua bukit adalah di Mekah) namun diketemukan jua oleh Allah SWT akhirnya.

Maka hiduplah Adam dan Hawa sebagai manusia biasa di bumi Allah sehinggalah dikurniakan beberapa orang anak. Salah satunya adalah dua pasang kembar (lelaki & perempuan) iaitu Qabil dan Iqlima serta Habil dan Lubuda. Di bawah naungan ayah ibunya yang penuh cinta dan kasih sayang maka membesarlah keempat-empat anak itu sehingga menginjak masa remaja. Yang perempuan sesuai dengan kudrat dan fitrahnya menolong ibunya mengurus rumahtangga dan mengurus hal-hal yang menjadi tugas wanita, sedang yang laki-laki menempuhi jalannya sendiri mencari nafkah untuk memenuhi keperluan hidupnya. Qabil berusaha dalam bidang pertanian sedangkan Habil di bidang perternakan. Apabila sudah remaja, secara fitrahnya mereka ingin berkahwin bagi menuntut kehidupan yang lebih lengkap.

Diriwayatkan Qabil ini adalah seorang yang busuk hatinya, sentiasa tidak berpuas hati akan perintah bapanya. Sedang Habil adalah seorang yang mulia serta anak yang soleh. Diceritakan lagi Qabil ini mempunyai kembar yang jelita manakala Habil, kembarnya hodoh. Setelah diilhamkan Allah kepada Adam akan pernikahan Qabil dan Habil mestilah dengan pasangan kembar yang bukan satu kelahiran, Qabil masih lagi tidak berpuas hati dengan menolak perintah bapanya. Ini menyebabkan Qabil ingkar dengan tetap mahu berkahwin dengan kembar satu kelahirannya iaitu Iqlima. Oleh kerana itu Nabi Adam as. memberi peluang akan keinginan anaknya itu dengan cara menguji keikhlasan mereka. Maka Nabi Adam as. memerintahkan mereka mempersembahkan korban kepada Allah SWT. Bagi sesiapa yang korbannya diterima Allah, maka dialah yang layak berkahwin dengan Iqlima. Setelah itu, mereka berkorbanlah dengan mempersembahkan hasil tulang empat kerat mereka, iaitu Qabil dengan hasil tanamannya serta Habil dengan hasil ternakannya. Namun, Qabil yang sentiasa tamak, tidak berpuas hati walaupun telah diberi peluang mengikuti kehendak hatinya, telah mempersembahkan setompok sayur-sayuran yang busuk. Manakala Habil yang orangnya soleh dan ikhlas, telah menyerah seekor kambing betina yang gemuk dan sihat.

Setelah itu, sesetengah pendapat menyatakan terdapat jalur keputusan dari langit, ada sesetengahnya menyatakan datang api dari langit serta menyambar korban Habil menandakan Allah telah menerima korban Habil dan menolak korban Qabil. Melihat itu, Qabil menjadi sangat marah serta berkata kepada Habil "Aku mesti membunuh kamu!" supaya Habil tidak dapat mengahwini Iqlima. Habil menjawab " Sesungguhnya Allah hanya menerima korban dari orang yang bertaqwa."

Al-Quran ada mengisahkan cerita kedua putera Nabi Adam ini dalam surah"Al- Maaidah" ayat 27 sehingga ayat 32 .

Dipendekkan cerita, setelah sepermergian Nabi Adam as. meninggalkan rumah, Qabil pergi mencari Habil di tempat perternakkannya untuk membunuhnya. Apabila berjumpa, berkata ia kepada Habil:"Aku datang ke mari untuk membunuhmu. Masanya telah tiba untuk aku lenyapkan engkau dari atas bumi ini."

"Apa salahku?"tanya Habil. "Dengan asalan apakah engkau hendak membunuhku?"
Qabil berkata:"Ialah kerana korbanmu diterima oleh Allah sedangkan korbanku ditolak yang bererti bahawa engkau akan mengahwini adikku Iqlima yang cantik itu dan aku harus mengahwini adikmu yang buruk dan tidak mempunyai gaya yang menarik itu."
Habil berkata:"Adakah berdosa aku bahawa Allah telah menerima korbanku dan menolak korbanmu?Tidakkah engkau telah bersetuju cara penyelesaian yang diusulkan oleh ayah sebagaimana telah kami laksanakan?Janganlah tergesa-gesa wahai saudaraku, mempertaruhkan hawa nafsu dan ajakan syaitan! Kawallah perasaanmu dan fikirlah masak- masak akan akibat perbuatanmu kelak! Ketahuilah bahawa Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa yang menyerahkan dengan tulus ikhlas dari hati yang suci dan niat yang murni. Adakah mungkin sesekali bahawa korban yang engkau serahkan itu engkau pilihkannya dari gandummu yang telah rosak dan busuk dan engkau berikan secara terpaksa bertentangan dengan kehendak hatimu, sehingga ditolak oleh Allah, berlainan dengan kambing yang aku serahkan sebagai korban yang sengaja aku pilihkan dari perternakanku yang paling sihat dan kucintai dan ku serahkannya dengan tulus ikhlas disertai permohonan diterimanya oleh Allah. Renungkanlah, wahai saudaraku kata-kataku ini dan buangkanlah niat jahatmu yang telah dibisikkan kepadamu oleh iblis itu, musuh yang telah menyebabkan turunnya ayah dan ibu dari syurga dan ketahuilah bahawa jika engkau tetap berkeras kepala hendak membunuhku, tidaklah akan aku angkat tanganku untuk membalasmu kerana aku takut kepada Allah dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak diredhainya. Aku hanya berserah diri kepada-Nya dan kepada apa yang akan ditakdirkan bagi diriku."

Namun nasihat adiknya Habil tidak diendahkan akibat daripada hasutan iblis dengan rasa dendam dan dengki yang dalam, dibunuhnya juga Habil itu. Dibantu pula oleh iblis dengan menjelma seekor burung yang dipukul kepalanya dengan batu sampai mati. Contoh yang diberikan oleh iblis itu menyebabkan Qabil meniru cara pembunuhan untuk membunuh Habil. Diambil batu lalu memukul kepala Habil sehingga mati. Setelah mati, Qabil kebingungan sekali lagi kerana tidak tahu bagaimana untuk mengebumikan jenazah adiknya. Namun Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana, tidak rela melihat mayat hamba-Nya yang soleh dan tidak berdosa itu tersia-sia demikian rupa, maka dipertunjukkanlah kepada Qabil, bagaimana seekor burung gagak menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak lain yang sudah mati dalam pertarungan, ke dalam lubang yang telah digalinya, dan menutupi kembali dengan tanah. Melihat contoh dan pengajaran yang diberikan oleh burung gagak itu, termenunglah Qabil sejenak lalu berkata pada dirinya sendiri:"Alangkah bodohnya aku, tidakkah aku dapat berbuat seperti burung gagak itu dan mengikuti caranya menguburkan mayat saudaraku ini?". Maka Qabil mengebumikan jenazah Habil dengan cara yang sama dengan burung tersebut.

Namun Allah itu Maha Adil lagi Bijaksana, sesetengah pendapat menceritakan bahawa Qabil telah mendapat hukuman pada hari yang sama dia membunuh saudaranya Habil dengan kaki-kakinya terangkat sampai ke tulang paha dan wajahnya dipaksa terarah kepada matahari.
Labels: 3 comments | edit post
bee
Sudah agak lama juga saya tidak mengemaskini blog ini sampaikan ditegur oleh seorang sahabat. Maaf dipohon atas kealpaan ini... Agak sibuk dengan program yang tersusun walaupun dihari minggu. Namun Alhamdulillah, semua program dan aktiviti berjalan lancar. Program NISA' terbaru adalah Team Building NISA' Terengganu yang dianjurkan NISA' Malaysia (Peringkat Pusat).

Bertempat di KUDQI (Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah, Kubang Lembek, Terengganu (Pusat Pengajian yang dikendalikan Ust. Harun Taib) pada 20 November baru-baru ini. Dihadiri kira-kira 200 orang.

Pengisian di dalam program ini amatlah memberangsangkan para peserta, tambahan pula ia dikendalikan sendiri oleh Ketua NISA' Malaysia- Dr. Rosni. Antara pengisiannya adalah memberi gambaran yang lebih jelas kepada AJK di peringkat Kawasan, Dun dan seterusnya ahli-ahli NISA'. Pengisian modul- Marching, Halatuju Nisa', Modul Ukhwah, Dialog bersama DMPKT, Nisa' Malaysia & Nisa' Terengganu, Modul Nisa' Attitude dan banyak lagi termasuk la Public Speaking & Presentation Khas yang dihoskan oleh Dr. Rosni sendiri.

Di sini saya kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat semasa mengikuti program tersebut. Tahukah anda NISA' mengutamakan attitude yang baik di kalangan ahlinya seperti sifat Ibadurrahman- yakni; Golongan yang terpilih oleh Allah SWT untuk menjadi hamba yang menghambakan diri kepada Allah SWT. Antara sifat-sifat Ibadurrahman adalah:
1) Tawaddu'
2) Murah hati
3) Ketaatan
4) Takutkan neraka
5) Bersederhana
6) Tauhid
7) Mengelak permusuhan
8) Menjaga kehormatan
9) Taubat
10) Bercakap benar & meninggal perkara sia-sia
11) Tadabbur
12) Memohon kebaikan keluarga & menjadi pemimpin yang baik

Program Team Building ini biasanya disyorkan agar disertai oleh AJK diperingkat Kawasan-kawasan serta Dun-dun dari seluruh Terengganu kerana program ini bertujuan memantapkan serta mengukuhkan penggerak-penggeraknya. Disamping memberi semangat kepada AJK sedia ada supaya terus 'bekerja', ianya juga membantu ahli-ahli baru agar lebih mengenali hala tuju pertubuhan NISA' ini. Berasa lega program ini diadakan di Kuala Terengganu, tidaklah jauh sangat bagi saya, cuma memakan masa 3 jam perjalanan- Kemaman-K.Terengganu. Tambahan pula menaiki van baru PAS Kawasan Kemaman yang baru dibeli serta dirasmikan semasa program HIMPIT tempoh hari. Oleh kerana Terengganu adalah negeri yang paling ramai ahlinya, 25% ahli NISA' diseluruh negara adalah dari Terengganu, mungkin juga kerana itulah Pusat mengadakan program ini di sini. Untuk melihat lebih banyak gambar, silalah lawat blog NISA' Terengganu... :)
bee
Pertamanya ingin diucapkan tahniah buat adindaku, Md. Abdul Latif kerana berjaya melanjutkan pelajarannya ke Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dalam kursus Sijil Kejuruteraan Mekanikal. Walaupun tahun lepas ada kesilapan terlewat menjawab penerimaan tawaran yang menyebabkan tidak dapat mengikuti kursus pilihan disana dan pengajian ke peringkat pengajian tinggi tertangguh selama dua tahun selepas SPM, namun kali ni kita lebih berhati-hati dengan tempoh yang diberikan. Ada hikmah disebalik kelewatan tersebut rupa-rupanya. Kalau dulu berjaya ditawarkan ke Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang, kali ni yang dekat pula ditawarkan.Tahniah Kakak ucapkan pada Atih. Semoga disana nanti sabar dan tekun dalam mencari ilmu. Sentiasalah berdoa kepada-Nya agar diberikan sesuatu yang terbaik oleh-Nya buat Atih. Kakak harap ini langkah pertama untuk Atih di pusat pengajian tinggi. Abik dulu sijil..tak ape..kita berkayuh perlahan asal sampai ke daratan. Ada rezeki lagi Atih boleh sambung ke peringkat yang seterusnya.

p/s: kena belanja Kak sebab tolong isi, semak,nasihat n semuanya serta proses2 permohonan sampai ke sini!

Tahniah juga buat sahabatku yang baru mengetahui permohonan pertukaran guru antara negerinya telah berjaya..yeehh!!
Labels: 0 comments | edit post
bee
Sebaik sahaja aku terima email dari seorang sahabat, terus aku entrikn kat sni. Minta sahabat-sahabat ambil la perhatian atas ketidak acuhan sesetengah pihak ini... Seorang ustaz dari malaysia telah berkunjung ke Indonesia (Sumatra) diatas jemputan salah seorang penduduk kampung di sana untuk memberikan ceramah disalah sebuah masjid.

Semasa lawatan beliau sekitar kampung di sana, beliau berasa terkejut apabila terlihat kawasan perkuburan di kampung berkenaan. Beliau pernah bertanya pada penduduk kampung berkenaan;

"Mengapa kubur islam dan kafir di semadikan bersama?"

Jawab penduduk kampung di sana :--
"Takkan maklaikat tak tau nak bezakan mana Islam mana kafir"

Anda fikir apa???
bee
Setiap orang mukmin wajib mengerjakan solat kerana solat itu adalah perintah dari Allah supaya didirikan oleh setiap mukmin samada lelaki atau perempuan. Antara Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 110:

Maksudnya :
"Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan."

Kealpaan aku dengan masa membuatkan aku lewat solat maghrib. Urusan dirumah belum lagi selesai. Didalam hati asyik berkata " sikit lagi..sikit lagi..." walaupun hati kecil menegur sudah lewat untuk solat. Tambahan pula waktu maghrib cuma sekejap. Asyik aku mengemas buku-buku di rak dengan cepat- mengejar masa- aku terpandang satu buku kulit depannya tertulis 'SOLAT', membuatkan aku terus terlintas... alangkah berdosanya aku melambat-lambatkan solat... Argghh.. urusan dunia tetap takkan habis. Lalu aku terus meninggalkan urusan tadi dan terus mengambil whudu' untuk solat.

Lega selesai solat...aku menunggu pula waktu Isyak. Tidak mahu melengah-lengahkannya lagi. Lagipun sudah tidak lama lagi akan masuk la tu waktu Isyak. Sementara di sejadah, berzikirlah sekejap. Itupun tidak lama...terasa penat, aku baring. Itulah manusia. Itulah aku...Ya Allah, ampunlah dosa-dosaku, segala kealpaanku, kecuaianku...terimalah setiap kali taubatku ya Allah....

Surah An-Nisaa' ayat 103 :
Maksudnya : "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya."

Termenung dalam baringanku, membuatkan aku teringat akan satu kisah di zaman Rasullah SAW. Sebuah kisah pengajaran terhadap orang yang meninggalkan solat. Seorang lelaki yang tidak pernah solat semasa hidupnya.

Seorang kanak-kanak datang mengadap Rasulullah s.a.w sambil menangis. Hal itu mennghairankan Rasulullah yang sedang duduk bersama sahabat-sahabatnya. "Mengapa engkau menangis anakku?" Tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal, tetapi tidak seorangpun datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan. Siapakah yang akan memandikan ayhku dan mengkebumukannya?" Tanya anak itu.Nabi lalu menyuruh Abu Bakar dan Umar pergi melihat jenazah tersebut. Kedua mereka amat terkejut setelah melihat mayat itu sudah bertukar menjadi babi hutan. Mereka pun segera pergi memberitahu Rasulullah.Maka Rasulullah dating sendiri ke rumah anak itu. Baginda berdoa kepada Allah sehingga babi hutan itu bertukar menjadi jenazah manusia. Kemudian Rasulullah menyembahyangkan jenazah tersebut. Ketika jenazah itu hendak dikebumikan ia berubah menjadi babi hutan semula.Melihat kejadian itu Rasulullah bertanya kepada kana-kanak tersebut apakah yang dilakukan oleh ayahnya sewaktu hidupnya. "Ayahku tidak pernah mengerjakan solat sepanjang hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

Semoga kelak aku tidak lagi alpa dalam mengerjakan solat. Semoga Allah memelihara diriku dan orang-orang yang aku sayangi. Amin.

Labels: 0 comments | edit post
bee
Tanggal 29-31 Oct baru-baru ini, pemuda PAS Terenganu di semua peringkat kawasan telah berkampung di Dataran Tok Guru, Geliga, Kemaman bagi menjayakan program HIMPIT 10K 2009. Program HIMPIT [Himpunan Pemuda Islam Terengganu] kali ini bertempat di Kawasan Kemaman. Acara tahunan ini bertujuan untuk menghimpunkan serta mengeratkan silaturrahim antara pemuda disamping pelbagai acara menarik seperti sumbangan fakir miskin dan jamuan rakyat ,mini expo, pertandingan karaoke nasyid, tarik tali, motor lambat , sukan pantai, rawatan Islam Darus Syifa dan banyak lagi. Tambahan pula lokasi Dataran Tok Guru ini adalah ditepi pantai. Banyak khemah-khemah didirikan oleh pemuda yang bermalam disini. Dibawah pohon-pohon rhu, bagai sebuah kampung baru didirikan. Angin pantainya yang nyaman sudah tentu membuatkan mereka tidak kepanasan walaupun berada dia dalam khemah. Kalau ikutkan hati aku, mahu juga aku berkhemah disitu..tapi difikirkan kembali, tidaklah sesuai dengan aku. Kerana aku adalah seorang ......:)

Namun, oleh kerana program ini di Kemaman, jadi boleh la aku berkampung juga walaupun aku bukanlah pemuda sebenarnya. Jangan salah faham..aku berkampung atas nama NISA'..heehe. NISA' Kemaman telah mengambil satu booth ditapak program bagi turut mengadakan aktiviti tersendiri seperti Games NISA', teka biji betik dan kacang, membantu perkhidmatan rawatan percuma selain dari tujuan asal iaitu mendapatkan keahlian baru dengan mempromosi JOM JOIN NISA' bagi memperkenalkannya di kalangan remaja perempuan. Selain aktiviti itu, kami juga membuat sedikit jualan bagi menambah kewangan tabung Nisa' dun masing-masing.

Dua hari berturut-turut berada di sana membuatkan aku 'lupa' sebentar hal-hal dirumah dan tempat kerja. Beginilah jika berada didalam jemaah. Sedikit ketegangan dalam menguruskan hal rumahtangga serta kesibukan ditempat kerja di'rehat'kan sekejap dengan program-program lain. Sebelum kepenatan, terasa gembira dengan aktiviti-aktiviti seperti ini. Ramai kanak-kanak dan muslimat memenuhi booth kami untuk menyertai permainan yang kami sediakan. Kadang-kadang dicelah singgah juga oleh pemuda. Agaknya menarik perhatian mereka apabila sekali sekala kedengaran riuh rendah suara kanak-kanak bersorak apabila ada yang menang dalam permainan. Lagipun acara meneka biji betik dan kacang terbuka kepada pemuda juga. Bahkan permainan meneka kacang telah dimenangi oleh seorang pemuda dari Dungun-kalau tak silap. Selain aktiviti-aktiviti tersebut, kami juga sibuk melayan pelanggan yang ingin membeli. Fuuhhh.. tidak menang tangan kami petugas-petugas NISA' dalam 5-6 orang ni dibuatnya.

Part paling aku suka pada prorgam ini adalah semasa bacaan ikrar pemuda. Bederau darah aku. Sumpah dan ikrar mereka terhadap jemaah ini dalam terus menjulang Islam, sumpah tidak akan meninggalkan jihad ini. Sambil sebahagian panji-panji dan anggota Unit Amal mengangkat bendera PAS serta sebahagian lagi mengangkat tangan sambil menggenggam tangan sahabat seperjuangan disebelah, sumpah mereka dilaungkan dengan penuh semangat, ikhlas dan berserah diri kepada ALLAH. Semoga Allah memelihara mereka ini...

Akhirnya, selesai juga program ini dengan jayanya. Sikap pemuda PAS Terengganu haruslah dipuji. Dengan rasa tanggungjwabnya mereka tetap meninggalkan kampung halaman serta hal peribadi selama 2-3 hari [selain pemuda di Kemaman] bagi menghadiri program ini. Dari Besut sampai la ke Dungun, semuanya turun ke Kemaman atas rasa tanggungjawab dan mengikut arahan pimpinan agar berhimpun disini supaya program ini berjaya.

Majlis penutup telah diakhiri dengan acara perasmian sebuah van baru milik PAS Kawasan Kemaman oleh YB. Tuan Hj. Wahid Endut.

Akhir kata, dikesempatan ini, NISA' Kemaman juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas serta pihak yang terlibat dalam memberi sumbangan samada secara langsung dan tidak langsung. Insya'allah jumpa lagi di lain program. Wallahu'alam.
bee
Setelah penat seharian bekerja, aku singgah di Pantai Marina untuk minum petang semasa pulang dr KSB-tempat aku bekerja. Pantai Marina sebenarnya tempat berkelah yang paling hampir dengan pelabuhan atau KSB. Selalunya waktu tengahari memang ramai pekerja makan tengahari di sini. Walaupun cuma terdapat 3 atau 4 buah warung, Pantai Marina tetap 'meriah' dengan orang ramai. Malah disini sudah sinonim sebagai tempat makan tengahari kami.

Nak dijadikan kisah, aku tertarik dengan 'sesuatu' sebelum nak sampai ke warung-warung tersebut. Oleh sebab tu, selepas selesai minum petang, aku pergi meninjau-ninjau sesuatu itu. heheh..Ia adalah sebuah perigi tinggalan orang dulu-dulu. Namun, walupun ditinggal, ia masih berfungsi dan masih digunakan orang sehingga kini. Jom aku cerita sikit kisah sejarah Telaga Simpul ni...





TS ni adalah sebuah perigi yang airnya sangat 'fresh'. Mengalir dari sebuah bukit berhampiran. Ia terletak di Bukit Penjabad, hampir sangat dengan Pantai Marina. Besebelahan aje. Kalau kita makan di warung-warung yang aku cerita tadi, akan nampak perigi ni. Uniknya perigi ni walaupun hampir sangat dengan laut, airnya tetap tawar dan segar serta sejuk..
Mengikut sejarah, TS ni digunakan oleh musafir atau saudagar-saudagar yang melalui kuala disini untuk mandi, minum serta kegunaan lain. Catatan awal menyatakan perigi ini mula digunakan pada tahun 1852. Ianya pertama kali dijumpai oleh Abdullah Munshi. Bersebelahan perigi ni, terdapat rumpunan pokok pandan. Apa yang lebih pelik, kepercayaan pengguna ketika itu adalah kewajiban bagi mereka setelah menggunakan perigi ini, mesti menyimpul hujung daun pandan tersebut...heran kan? Ia merupakan pantang larang yg mesti diikut. Diketahui, jika melanggar, ia akan mengakibatkan malapetaka akan berlaku pada orang yang melanggarnya. Sedihnya, kepercayaan ini masih lagi dipercayai serta diamalkan sehingga kini. Bukankah ia satu kepercayaan karut dan boleh menyebabkan khurafat serta syirik. Na'uzubillah.. Buktinya, lihat gambar yang aku ambil. Mengikut cerita orang kampung aku [TS ni bersebelahan kampung aku], selepas guna air dari perigi ni-biasanya mandi, mereka mesti mnyimpul sehelai daun pandan. Terfikir aku sejenak, mungkinkah orang dulu-dulu [saudagar/musafir] menyimpul daun itu sebagai tanda kehadiran mereka disitu. Mereka menyimpul adalah sebagai simbol memberitahu sesuatu kepada orang seterusnya yang akan mengunakan perigi tersebut. Mungkin juga sebagai tanda bilangan hari mereka berada disitu. Ia kerana mengikut cerita datuk aku, pantai ini dulunya adalah tempat persingahan kapal-kapal saudagar serta merupakan pasar untuk menukar barang. Orang dulu-dulu kan main tukar-tukar barang- Sistem Barter. Oleh kerana pantai ini merupakan pelabuhan ketika itu, sudah tentu kapal-kapal yang berlabuh akan menjadikan perigi ini sebagai sumber air mereka-bekalan air diatas kapal. Jadi, mungkinkah juga simpulan tersebut sebagai simbol ucapan terima kasih kepada empunya perigi. Namun sekarang perigi ini telah di'kemaskini' oleh kerajaan. Perigi yang asalnya dipagari kayu setinggi lebih kurang 3 ft, kini telah cantik dikonkrit. Untuk pengetahuan, aku sempat bermain semasa perigi ini dipagari kayu. Ia cukup seperti perigi asli tidak seperti sekarang. Di dalam perigi ini banyak pokok2 kecil tumbuh di dinding perigi, menjadikan airnya sejuk serta terdapat ikan didalamnya.Ketika itu aku masih kanak-kanak- sekolah rendah. Sudah hampir 20 tahun yang lepas. Masih aku ingat, aku dan kawan-kawan dalam 7 atau 8 orang, pulang dari sekolah, mengayuh basikal untuk ke pantai ini. Jarak sekolah aku ke pantai ni dalam 3km. Di bagi tahu emak, ada kelas tambahan, padahal bermain-main dipantai dan sekitar perigi ini. Oleh kerana kawasan ini terdapat banyak pokok kemunting, maka makin asyik la aku mencari 'rezeki' disini...hehehe..kalau di beritahu emak aku nak ke Marina [kawasan ini aku panggil Marina], sudah tentu aku tidak diizinkan pergi.. alahai mak..., ampun la dosa anakanda yang berbohong ni. Kalaulah ayah aku tahu, mesti aku kena piat..:(. Yang paling mencabar aku ingat adalah jalan nak sampai ke pantai ni. Ketika tu, aku dan kawan-kawan tidak berani melalui jalan raya[ jalan baru] kerana banyak kenderaan menggunakannya. Asalnya ada satu jalan lagi iaitu jalan lama yang sudah tidak digunakan lagi. Jalan ini sempit, sunyi serta dikelilingi hutan dan agak berbukit-bukit. Yang paling mencabar aku cakap tadi adalah...sebelum nak sampai ke perigi ni-dalam 50 m terdapat 1 kawasan kubur. Jerat Cina!!.. Jd, apabila sampai disini, maka berkayuh la aku n the geng selaju-lajunya bagi melepasi jerat tu. Masing-masing tidak mahu berada dibelakang. Perasan aku ketika itu amatlah takut apabila melihat kubur-kubur cina itu. Bagaikan mayat-mayat didalamnya mahu bangkit lalu mahu mencekik aku- walaupun siang hari. hahaha..kelakar jugak bila ingatkan kembali....

Berbalik kisah TS, perigi ni tetap setia mengalirkan airnya sehingga kini. Namun apa yang dikesali, sikap masyarakat yang masih mengamalkan kepercayaan karut itu. Aku tinggalkan TS dengan seribu satu rasa. Kenangan aku ketika zaman kanak-kanak... dan juga misteri TS itu sendiri....
Seketika sebelum aku melangkah pergi dari TS, aku melihat ke arah Bukit Penjabad. Terdetik pula hati aku untuk naik ke puncaknya. Keinginan untuk melihat pemandangan dari puncak bukit ini telah lama aku simpan. Dari kanak-kanak lagi ketika aku bermain-main dulu. Maklum la, dulu aku sorang je berani, kawan-kawan semuanya penakut. Nak melintas kawasan jerat pn bagaikan luruh jantung-jantung kami..Hehhehe..jadi aku simpan aje hasrat aku tu. Lagi pun aku sibuk dengan ikan-ikan dalam perigi serta buah-buah kemunting yang sedang menunggu aku tu...mmmm...

Tak disangka, hampir 20 tahun barulah tercapai hasrat aku untuk naik ke puncak Bukit Penjabad tu. Maklumlah sekarang ni baru la kekuatan dan keberanian aku terserlah. Lagipun untuk ke puncak bukit ni, sudah ada anak tangga. Setelah mendaki bukit ni- agak penat kerana tinggi, lebih kurang 400-500 anak tangga, bagaikan mahu tercabut jantung aku. Bernafas bagaikan xde udara..huhuu..kalau dulu nak tercabut jantung sebab takut hantu kubur bangkit, sekarang sebab begini la pulak.Sampaikan kaki aku mengeletar. Fuuuhh....

Dalam perjalanan pendakian aku, banyak kehidupan alam flora dan fauna aku jumpa. Ada periuk kera, ada sarang burung, jumpa ayam hutan, ada tempat berteduh orang asli dll.
Nasib baik aku tak jadi mendaki 20 tahun lepas. Kalau tidak mesti aku dah kerjakan semuanya ni. Heeheheh.. Sekarang aku pun dah jadi pencinta alam. So, aku tak la mengganggu mereka ni. Biarkan.. mereka pun nak hidup. Akhirnya setelah penat mendaki [dengan anak tangga], sampai la aku di puncaknya. Rupa-rupanya bukan la ada apa-apa pun. Cuma terdapat satu menara rumah api. Ia dibina untuk isyarat laluan kapal-kapal yang ingin berlabuh di KSB serta nelayan-nelayan yang lalu lalang di perairan ini. Setelah berehat seketika sambil memandang jauh ke laut serta daratan seberang, ia cukup menenangkan perasaan aku.
Hilang segala rasa penat menghitung anak tangga tadi. Rupa-rupanya, Bukit Penjabad, Telaga Simpul, Pantai Marina... mempunyai kisah dan sejarah tersendiri..
Labels: 1 comments | edit post
bee
Apa itu WANITA??


Jagung Pelik




Jagung ni dijumpai kakak ipar aku 2-3 hari lepas..Mak dia jual buah. Xpernah katanya selama ni jumpe buah jagung macam ni. Apapun mesti ada sebab mengapa buah jagung ni jd begini. Warna biji2nya berselang seli dengan warna kuning dan ungu... Apa kata anda?
bee
Once visiting a very rich friend, the maid approached me and......

Question : "What would you like to have ..Fruit juice, Soda,Tea,Chocolate, Capuccino, Frapuccino,or Coffee?"
Answer: " Tea please"
Question : " Ceylon tea, Indian tea, Herbal tea,Bush tea, Honey bushtea, Iced tea or green tea ?"
Answer : "Ceylon tea "
Question : "How would you like it ? black or white ?
Answer: "white"
Question: "Milk, or fresh cream?
Answer: "With milk "
Question: "Goat's milk, or cow's milk"
Answer: "With cow's milk please.
Question: " Freezeland cow or Afrikaner cow?"
Answer: " Um, I'll just take it black. "
Question: " Would you like it with sweetener, sugar or honey?"
Answer: "With sugar"
Question: " Beet sugar or cane sugar?"
Answer: "Cane sugar "
Question:" White, brown or yellow sugar?"
Answer: "Forget about the tea, just give me a glass of water instead."
Question: "Mineral water, tap water or distilled water? "
Answer: "Mineral water"
Question: "Flavored or non-flavored ?"
Answer: "I think I'll just die of thirst

[credit to cariforum]

Apa nk dikata??
bee













Apa anda nk kata??

bee
Kisah sepasang suami isteri berborak diwaktu petang....

isteri: bang, sejuk hati saya tengok suami jiran sebelah rumah kita.

suami: ape halnya sampai awak sejuk?!

isteri: yela,tiap2 hari suami die balik keje mesti bagi bunga,kiss dan coklat.

suami: habis tu kenapa?

isteri: kenapa abang tak buat macam tu....?

suami: hish!!gila ker awak nie!!!?? mane saya kenal dia!!!!

isteri : *&#$%^&*%**%

**************************************************************

PECAT

Majikan : Kamu di pecat!

Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!

Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat...

**************************************************************
3 BULAN LAGI

Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temuduga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga, pengurus kilang memberitahu.
Pengurus : Untuk permulaan, kita bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas 3 bulan, kami naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju?

Dol : Setuju, bos..

Pengurus : Kalau macam tu, bila kamu boleh mula kerja?

Dol : 3 bulan lagi, bos..

**************************************************************

SEDARA KITA

Pada suatu petang, seorang ibu membawa anaknye berusia 4 tahun bersiar2 menaiki kereta.Dlm perjalanan, si ibu membunyikan hon.
Anak :Naper ibu bunyikan hon & sape org tu?
Ibu :Tu sedara kite,kenalah hormat.

Dlm perjalanan seterusnya mereka terserempak dengan seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.
Anak :Tu pun sedara kite ke…???

**************************************************************
credit to cariforum

Apa kata anda??
bee
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu pada tempatnya.

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


:: Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil..

p/s: Jadilah wanita yang solehah..sebaik mungkin..
Labels: 0 comments | edit post