bee
Dijemput ahli-ahli Nisa'/remaja.
Tentatif program:
- Pendaftaran
- Ucapan pengerusi
- Ucapan pentazkirah
- Penutup majlis
- Minum petang & bersurai

Pentazkirah jemputan dihari ini sepatutnya adalah Ust. Rozi. Tetapi oleh kerana beliau tidak siht, maka kami gantikan dengan Ustzh. Noraini. Di sini kami sertakan sedikit gambar ketika program dijalankan.
bee
Benarkah ia hanya hari berkasih sayang semata-mata?

"Dan jika kamu menuruti kebanyakkan di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari ajalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut prasangka belaka dan mereka hanya berdusta (terhadap Allah)." - Surah Al- An'am:116


Prinsip/dasar:
* Suatu perayaan/ pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno yang setelah mereka memeluk Kristian, maka berubah menjadi upacara keagamaan yang mengaitkan kematian St. Valentine.

Sumber:
* Direka oleh manusia yang diteruskan pihak gereja dan jelas bukanlah bersumberkan dari Islam.
Tujuan:
* Tanggal ini adalah bertujuan meninggi-ninggikan ajaran Kristian semata-mata. Ianya hanya dikaburkan dengan kononnya hari berkasih sayang.
* Sesungguhnya berkasih sayang yang telah diterap didalam Islam bukanlah pada hari tertentu, malah diajar oleh Islam berkasih sayang adalah setiap masa.

Kesan:
* Budaya Barat ini sudah tentu merosakkan akidah masyarakat Islam.
* Berlaku pembaziran (pesta)- " Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya".- Surah Al- Isra:27

* "...walaupun kamu membelanjakan kesemua (kekayaan) dimuka bumi ini, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka, akan tetapi Allahlah yang menyatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". - Surah Al- Anfal:63

Kesimpulan:

Hukumnya HARAM menyambut Valentine's Day ini. Semoga kita semua mengambil pengajaran dari kisah ini. Mengapa perlu kita meraikannya sedangkan hari tersebut adalah hari jatuhnya kerajaan Islam di Sepanyol atau dulu dikenali kerajaan Romawi. Hari ini tidak memberi apa-apa manfaat pun kepada diri kita apatah lagi kepada agama kita, Islam tercinta.
Nota: Nisa' Dun Kijal ada mengadakan program Valentine oh Valentine! pada 12/02/10 ini bertempat di Pantai Teluk Kalong, Kemaman, jam 3.00 petang. Semua remaja wanita di N30 dijemput hadir.
Labels: 0 comments | edit post