bee
2 program kebajikan (di Dun Kijal) ini kami jalankan serentak pada 27 Feb baru-baru ini. Program Nisa' Bersamamu adalah di Kg. Bukit Kuang , kami ziarah dan sedikit sumbangan dihulurkan kepada tuan rumah iaitu keluarga En. Musa. Beliau bekerja sendiri melakukan kerja-kerja kampung, namun di kampung beliau lebih dikenali sebagai penggali kubur. Beliau mempunyai seorang isteri dan anak seramai 8 orang.

Manakala program Masih Ada Yang Sayang adalah di Kg. Darat Kijal, rumah keluarga Makcik Dayang. Keluarga ini tidaklah ramai. Yang ada di rumah selain sepasang warga emas ini, cumalah seorang cucu mereka. Itupun sekali-sekala cucu mereka pulang bagi membantu datuknya membaiki rumah ketika ini. Sama seperti keluarga En. Musa, dihulurkan sedikit sumbagan oleh kami. Namun di sini kami melakukan aktiviti gotong royong membersih kawasan rumah mereka. Kawasan rumah Makcik Dayang ni agak luas, tetapi oleh kerana kami agak ramai, maka agak cepat lah siap kami membersih. Lagipun bukan sampah sarap pun...cuma daun-daun kering yang gugur dari pokok sekeliling. Selepas siap, kami menjamu selera bersama tuan rumah. Alangkah sedapnya bekalan kuih muih yang kami bawa untuk dimakan bersama tuan rumah. Tambahan bihun yang disediakan tuan rumah bru siap dimasak. Maklumlah, perut kami lapar setelah bertungkus lumus bergotong royong membersih kawasan rumah mereka...:)

p/s: Program ini adalah anjuran Nisa' Kawasan Kemaman.