bee
Tindakan kejam lahanat Israel menyerang dan membunuh aktivis-aktivis LL4G yang menghantar bantuan ke Gaza amatlah dikesali. Kami sebagai umat Islam mengkutuk habis-habisan tindakan tidak berperikemanusian mereka.Sama-sama kita solat hajat dan membaca Qunut Nazilah agar Allah menghancurkan Israel laknatullah serta memelihara saudara-saudara kita, Team LL4G.

Dewan Pemuda Pas Pusat mewajibkan seluruh ahli dan pemimpin Pemuda di peringkat Kawasan dan Negeri agar berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada 4 Jun ini selepas solat Jumaat. Himpunan sejuta umat ini dibuat bagi menyatakan bantahan kepada Amerika Syarikat serta Rejim Mesir sebagai sekutu Israel.

Semoga syahid yang gugur menyemarakkan lagi semangat kita untuk menghapuskan Israel laknatullah itu. Salam takziah kami ucapkan kepada mangsa terbunuh. Jangan sekali-kali dikesali kematian ini, tapi berbangga lah kerana telah dipilih Allah SWT menjadi penghuni syurga-Nya...
Labels: 0 comments | edit post