bee
PRK N31 sudah pun berlalu. Keputusan menang berpihak pada BN. Dengan majoriti melebihi 5000, sudah pasti mereka bersorak girang... Bagi aku, apa yang lebih penting adalah nasib seterusnya rakyat Bagan Pinang bersama wakil rakyat pilihan mereka yang baru, Tan Sri Isa Abdul Samad. Apapun, tugasku sudah selesai di Bagan Pinang itu.
Aku hanya merayu agar mereka pengundi-pengundi disana memberi undi kepada PR. Walaupun bertugas hanyalah beberapa hari dihujung tempoh berkempen, namun pengisian aktivitinya tetap padat memandangkan tempoh masa berkempen sangatlah singkat. Apapun, akhir tindakan adalah terletak pada pilihan tangan pengundi-pengundi jua... Aku tingalkan BP dgn hati yang sedih.


Namun aku sentiasa berdoa agar aku tidak mudah putus asa dan sentiasa istiqomah dalam perjuangan demi menegakkan kedaulatan Islam sebenar di Malaysia yang aku sayangi ini. Peluang makan tengahari bersama Datin Sri Wan Azizah pada hari mengundi, membuatkan aku terfikir sejenak..betapa cekalnya wanita disebelahku.. kerana itu aku sedar... "Perjuangan Ku Masih Panjang..."
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment